Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang diterajui bekas Datuk Seri Lajim Ukin.
Lajim yang ditemui pemberita di pejabat RoS, selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan oleh Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada RoS pada 14 September lepas.
Parti Harapan Rakyat Sabah yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.
Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80% ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini telah berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu. Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.