Jawapan Adenan Satem - Kenapa UMNO Tidak Perlu ke Sarawak!


Program Khas Bersama Ketua Menteri di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching. Jawapan Adenan Satem, kenapa UMNO Tidak Perlu ke Sarawak. Kita tidak mahu UMNO datang ke Sarawak:

Wartawan: Tan Sri begitu tegas menyatakan bahawa UMNO tidak perlu ke Sarawak. Apakah alasannya?

Adenan Satem: Kita tidak mahu UMNO datang ke Sarawak. Kita telah bincang perkara ini dengan Perdana Menteri, dia setuju UMNO tidak mahu pergi ke Sarawak. 

Dia akan memerlukan kita, tapi jawapan saya senang saja… sudah ada UMNO di Sarawak, hanya nama saja berbeza. Lagi pun kalau kita bubar PBB dan diganti dengan UMNO,  banyak salah faham akan berlaku.

Orang yang bukan Melayu,  mungkin rasa prasangka. Sekarang kita sudah bekerjasama dengan  jaya bersama orang Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dalam PBB. Tak usah kita ubah.

Lagi pun kalau kita jadi UMNO, mungkin saya jadi Naib Presiden, beberapa orang lagi jadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO… satu hari mesyuarat UMNO dia kata, tak usah lagi ada dasar imigresen untuk Sarawak (kuasa imigresen), hapuskan saja.  

Mungkin kita akan bantah tapi kita tak boleh ‘over rule’ kerana majoriti akan sokong.  Jadi di Sarawak, kita nampak macam bodoh. Orang akan kata, mengapa awak serah hak ini dan kemungkinan orang Melayu akan dipulaukan oleh kaum Bumiputera yang lain.

Selagi kita percaya  apa yang baik, sepanjang masa kita dapat menang kerusi  untuk BN…. mereka tidak ada sebab untuk datang menyelamat kita.  Sebenarnya kita  yang menyelamat mereka.


Wartawan: Sejak mengambil alih kepemimpinan  kerajaan negeri  setahun lalu, apa cabaran dihadapi Tan Sri dalam aspek untuk membangunkan Sarawak?

Adenan Satem: Sejak ambil alih tampuk (kerajaan)  negeri,  kita telah membuat macam-macam keputusan yang kita percaya akan menolong rakyat.  Salah satu ialah mengubah status tanah kepada (pajakan) 99 tahun… dulu dikurangkan daripada 99 kepada 60 tahun. Ini akan menguntungkan pemaju dan orang ramai kalau nilai tanah itu naik. Kita juga sudah mengukur tanah hak adat Bumiputera (NCR) dan mewartakannya dalam masa dua tiga tahun ini… banyak lagi akan disukat (diukur) selain mengeluarkan geran hak milik tanah, dipercepatkan.

 Kita sudah menurunkan (hingga 47 peratus) caj tarif elektrik mulai 1 Januari lalu.. tarif (penggunaan) domestik dan kemungkinan besar kita juga turunkan kadar tarif (penggunaan) industri  dan komersial.  Ini mendapat sambutan baik daripada rakyat. Kalau kita beri harga (kadar) tarif istimewa kepada syarikat-syarikat asing yang beroperasi di Sarawak,  mengapa  tidak orang Sarawak biasa juga tidak boleh mendapatkan kadar istimewa.


Wartawan: Permintaan Sarawak untuk menaikkan kadar royaliti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus, apa perkembangan?

Adenan Satem: Kita juga sedang berunding dengan Petronas supaya meningkatkan lagi pendapatan negeri.  Setakat ini Petronas sudah setuju memberi kontrak bernilai RM2.1 bilion untuk syarikat-syarikat di Sarawak, memberi  sokongan sosial korporat RM50 juta dan kerajaan negeri menentukan projek selain membina satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Mengenai (permintaan) peningkatan royalti  belum selesai  lagi tapi (masih) dalam rundingan. Kemungkinan  besar  akan dinaikkan kepada 20 peratus.  Kita juga meminta ekuiti dinaikkan daripada lima peratus kepada 10 peratus dalam projek industri Gas Cecair Asli Malaysia (MLNG 4).


Wartawan:
Andai semua permintaan ini ditunai, bermakna Sarawak mempunyai banyak peruntukan. Apa rancangan Tan Sri dengan peruntukan ini?

Adenan Satem: Keuntungan yang kita dapat nanti, kita patutlah bahagi kepada rakyat, (tetapi) bukan cara BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tapi cara lain seperti projek. Sekarang kita nak selesai masalah bekalan elektrik untuk kawsaan luar bandar.  Lebih banyak lagi tempat di luar bandar yang tiada bekalan elektrik. Kita cuba cari cara bagaimana mengadakannya seperti  di tempat jauh. Kita sekarang boleh menurunkan harga elektrik,  kita sudah mula memperoleh pendapatan daripada royalti air.


Wartawan: Sejak memerintah, Tan Sri dilihat tidak berkompromi dengan isu pembakalan haram?

Adenan Satem: Ya… kita sekarang berjaya menumpas  beberapa orang yang mencuri kayu balak secara haram. Beberapa ratus  tan dirampas.  Kita akan meneruskannya,  tiada tolak ansur. Yang menarik ialah rakyat biasa sudah banyak menolong kita memberi  maklumat, tidak macam dulu. Kita tidak akan lagi mengeluarkan Lesen Pendudukan (OT)  balak. Kita sedang mansuhkan atau tidak melanjutkan 67 OT lagi.

Sumber: Suara PBB Sarawak
Baca Lagi... »

Adenan Satem meninggal dunia 1944-2017 di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan...


YAB Tan Sri Adenan Satem (Ketua Menteri Sarawak) telah kembali kerahmatullah jam 1.20 PM di Institut Jantung Negara , Kota Samarahan Kuching Sarawak.

Titipan doa buat roh Allahyarham dan salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Merasa kehilangan seorang sahabat dan pemimpin yang dekat dihati rakyat Sarawak juga Sabah. Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah. - Lajim Ukin


Adenan Satem Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari tadi.

Ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini.

Ia dijadual dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara yang pertama mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem sejurus berita kematian Ketua Menteri Sarawak itu disahkan.

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah."

Sumber: Berita Harian

* * * * * 

Adenan Satem Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Adenan yang juga adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Meskipun belum diketahui punca kematian, Adenan sebelum ini memberitahu beliau mengalami masalah jantung sejak empat tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, dijadualkan mengadakan sidang media  di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini bagi mengumumkan butirannya.

Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut memberikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di laman Twitternya.

Adenan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Taib Mahmud pada 2014.

Beliau memulakan kerjaya politik pada 1979 apabila memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Beliau kemudian mengekalkan kerusi itu dalam enam pilihan raya negeri berikutnya sebelum memenangi Pilihan Raya Parlimen ke-11 bagi kerusi Batang Sadong.

Berikutan kemenangannya dalam pilihan raya parlimen, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat persekutuan pada 2004 sebelum kembali ke arena politik Sarawak untuk bertanding pilihan raya negeri pada 2006 dan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri pada 2010, diikuti dengan pelantikan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak pada 2011 setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri pada tahun berkenaan.

Sebelum menceburi bidang politik, Adenan pernah bergelar wartawan apabila menyertai akhbar tempatan, 'Sarawak Tribune', dan kemudian meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

Sumber: MalaysiaKini
Baca Lagi... »

[GALERI] Sokong parti tempatan Sabah. Berjuang bersama Parti Harapan Rakyat Sabah...

Sokong parti tempatan Sabah. Berjuanglah bersama Parti Harapan Rakyat Sabah. Cinta pada tanahair kita... kasih kita kepada rakyat Sabah... adalah HARAPAN bersama untuk kita menghidupkan perjuangan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di seluruh Sabah. Yakinilah... hayatilah... sepakat itu membawa berkat:












Baca Lagi... »

Jufazli ‎diugut 3 lelaki di restoran Sandakan dipercayai orang suruhan Menteri Sabah...


Jufazli ‎diugut 3 lelaki di restoran.

Seorang aktivis muda Sabah diganggu 3 lelaki di sebuah restoran di Sandakan hari ini dan mengancam perkara buruk akan menimpanya jika beliau terus mengkritik seorang individu ternama.

Mangsa, Jufazli Shi Ahmad, memberitahu FMT 3 lelaki itu mengekori beliau dan 2 rakannya ke restoran Secret Recipe di Batu 5, Sandakan, sekitar 2.30 petang hari ini.

“Kami tak sedar kami diekori sehinggalah selepas 15 minit kemudian.

“Saya didatangi seorang lelaki yang menyentuh pipi saya dan berkata hendak berjumpa di luar restoran.

“Tapi saya tidak melayan orang itu.”

Lima minit kemudian, lelaki bertiga itu masuk ke dalam restoran lalu melemparkan kata kesat terhadapnya.

“Mereka ancam saya dalam restoran dan cuba menimbulkan kemarahan saya. Mereka bagi amaran jangan lagi kritik seorang VIP.

“Tapi saya tak mahu melayan mereka.

“Kemudian, seorang lelaki bermisai, sekitar usia 50an, tolak kepala saya dan menjerit kepada saya lagi.

Selepas melakukan kekecohan, lelaki bertiga itu memberi amaran kepada Jufazli supaya tidak lagi mengkritik kerajaan Sabah dan bergegas meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki kereta.

“Mereka bagi amaran kalau saya terus mengkritik, sesuatu yang buruk akan menimpa saya.”

Tidak lama selepas penyerang meninggalkan tempat kejadian, Jufazli dan 2 rakannya membuat laporan polis.

Bagaimanapun, Jufazli berkata polis tidak boleh mengesahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan susulan ke atas laporan itu.

Jufazli tidak mengalami sebarang kecederaaan dan berkata kejadian itu tidak melemahkan semangatnya.

Beliau percaya serangan itu ada kaitan dengan siaran langsung video Facebook 1 jam sebelum kejadian yang menghubungkan beliau dengan 40,000 penyokongnya.

Jufazli, yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah (GAMSS).

Bulan lepas, aktivis berusia 27 tahun itu menyatakan hasrat mahu bertanding di kubu kuat Musa di Sungai Sibuga, Sandakan, pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Sumber: FMT


Ikuti juga kiriman asal di Facebook beliau:
Facebook >> Jufazli Shi Ahmad

<br />


Baca Lagi... »

Angkat Bahri sebagai calon harapan pada PRU14...


Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin patut diangkat sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Abdul Aziz Bari dari DAP berkata, namun, cadangan tersebut tertakluk kepada persetujuan Bahri sendiri setelah membuat keputusan untuk bersara awal kerana rasa tidak puas hati kes SRC International tidak didakwa.

"Jika beliau sanggup, parti-parti HARAPAN harus mempertimbangkan untuk memberi kerusi kepadanya pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini akan menunjukkan betapa seriusnya HARAPAN dalam memerangi rasuah," ujar beliau dalam kenyataan.

Selasa lalu, Bahri dilapor memilih untuk bersara awal setelah berkhidmat dengan SPRM selama 30 tahun.

Bahri dilaporkan berkata peletakan jawatannya kerana kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara membuat pendakwaan berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat SPRM.

Terbaru, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.

Ia bercanggah dengan kenyataan media SPRM yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.

Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

Sumber: MalaysiaKini
Baca Lagi... »

Bekas polis CID mempersoalkan apakah AG ada kuasa lindungi PM...


Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kuasa melindungi sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.

Ini berikutan kenyataan menteri undang-undang pada 2011, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberitahu parlimen bahawa peguam negara tidak mempunyai kusa melindungi mana-mana individu yang melakukan tindakan jenayah berdasarkan pertimbangan politik.

Justeru itu, Mat Zain mempersoalkan bagaimana Apandi boleh membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan kes 1MDB dan SRC International pada Januari tahun lepas.

"Isu di sini ialah jika pada tahun 2011 Nazri yang bercakap sebagai menteri dalam kabinet Najib mengesahkan bahawa peguam negara tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sesiapa sahaja atas alasan politik, di mana Apandi mendapatkan hak atau kuasa melindungi Najib daripada sebarang salah laku mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC," katanya.

Nazri ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung surat terbuka Mat Zain berkenaan wang RM40 juta yang dijumpai dalam beberapa akaun bank bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Ia didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kemudian disiasat badan pencegah rasuah.

Mat Zain berkata negara menghadapi keadaan yang sama apabila wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ditemui dalam akaun peribadi Najib.

Apandi, katanya, kemudian mengisytiharkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah.

Sumber: MalaysiaKini
Baca Lagi... »

[GALERI] Sokong parti tempatan Sabah, sokong Parti Harapan Rakyat Sabah

Sokong parti tempatan Sabah... sokong Parti Harapan Rakyat Sabah, Sabah People's Hope Party untuk bersama-sama memperkasakan perjuangan menuntut hak rakyat Sabah yang sebenar dan tulen! Jom pilih:


Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat Sokong Harapan Rakyat
Baca Lagi... »

[GALERI] Pergerakan Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah, Sabah People's Hope Party...

Pergerakan Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah, Sabah People's Hope Party. Wadah perjuangan bersama demi mengupayakan wanita mencapai kemajuan dan kesaksamaan dalam masyarakat menjadi realiti:









Baca Lagi... »

Lajim Ukin Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah...


Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan beliau menerajui sebuah parti baharu yang dinamakan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang telah diluluskan oleh RoS.

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk beliau mewujudkan parti khas untuk Sabah dan juga memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

"Parti ini bertujuan untuk menuntut hak dan memperjuangkan hak rakyat Sabah iaitu dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan banyak lagi perkara yang perlu dituntut.

 "Kami membawa suara rakyat Sabah yang mahu setanding dengan negeri-negeri lain," katanya ditemui di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), di sini, hari ini.

Lajim Ukin sebelum ini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah sebelum bertindak keluar dari parti tersebut awal bulan ini.

Menurut Lajim Ukin,  beliau telah hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya untuk pimpinan di Sabah dipimpin oleh parti tempatan sendiri.

"Itulah harapan rakyat Sabah kini di mana mereka ingin tentukan mengikut acuan sendiri.

"Namun tidak bermakna kami tidak mahu bersama dengan Malaysia, cuma Sabah punyai lebih kebebasan untuk tentukan haluan negeri itu" katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pimpinan PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini, akan menyertai parti Harapan Rakyat Sabah.

Sumber: Sinar Harian
Baca Lagi... »

[GALERI] DSP Lajim terima sijil perakuan penubuhan Parti Harapan Rakyat, Sabah People's Hope Party...

Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin menerima sijil perakuan kelulusan pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah, Sabah People's Hope Party di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau RoS:





Baca Lagi... »